Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Az Zuha komited urus jemaah haji dengan professional

today24 November 2024

Background


PETALING JAYA – Kepercayaan dan keyakinan jemaah mengerjakan haji sebelum ini membolehkan Az Zuha Group Travel & Tours sekali lagi dilantik sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1446H/2025M.

Ketua Pegawai Eksekutif Az Zuha, Abdul Malik Abdul Raman berkata, pelantikan itu juga membuktikan Az Zuha telah menyantuni jemaah haji dengan penuh dedikasi dan profesional.

Jelas beliau, pihaknya juga sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik, disokong oleh usaha berterusan memperkenalkan pelbagai penambahbaikan dan inovasi setiap tahun demi memastikan pengalaman jemaah haji sentiasa ditingkatkan.

“Kami amat bersyukur kepada Allah SWT atas amanah ini dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas kepercayaan yang diberikan kepada Az Zuha.

“Kepercayaan ini menjadi pemangkin untuk kami terus meningkatkan mutu perkhidmatan dan menyantuni para Dhuyufurrahman dengan penuh ihsan dan kasih sayang,” katanya dalam satu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post