PETALING JAYA – M K Land Holdings Berhad (M K Land) telah menerima dua anugerah berprestij iaitu Anugerah Best Residential Development (High Rise) dan Anugerah Excellence in Property Development Sector dalam dua majlis berasingan yang diadakan di sini baru-baru ini.
Kejayaan ini sekali gus mengukuhkan pencapaian dan sumbangan Kumpulan itu dalam pembangunan hartanah serta komitmen terhadap kelestarian alam sekitar.
M K Land menerima Anugerah Best Residential Development (High Rise) berasaskan kepada projek Kumpulan di Damansara Damai, Residensi Suasana @ Damai.
Projek ini diiktiraf atas integrasi bijak gaya hidup moden dengan prinsip reka bentuk yang mampan.
Dalam Malaysia Excellence Business Awards 2024 pula, M K Land turut diberi penghargaan dengan Anugerah Excellence in Property Development Sector, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasa Kumpulan itu dalam membentuk komuniti menerusi projek pembangunan yang inovatif dan berkualiti tinggi di seluruh negara sepanjang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: