Firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Affinity Equity Partners, telah menyelesaikan dua pengambilalihan besar di Asia Tenggara melibatkan syarikat dari Malaysia dan Indonesia dengan nilai gabungan AS$1.65 bilion (RM7.4 bilion).
Langkah ini dilihat sebagai strategi untuk memanfaatkan pertumbuhan ekonomi kukuh di rantau ini, menurut sumber Reuters.
Affinity Equity Partners kini pemilik baru Yupi, sebuah syarikat gula-gula gummy terkenal yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia, setelah membelinya dengan nilai AS$1.2 bilion.
Yupi, yang ditubuhkan pada tahun 1996, merupakan salah satu pengeluar gula-gula terbesar di Asia dengan produk yang dieksport ke lebih 50 negara.
Sumber menyatakan pengambilalihan ini dilakukan daripada pengasas Yupi sendiri, namun tiada kenyataan rasmi diterima daripada pihak Yupi atau Affinity.
Selain itu, firma tersebut turut mengumumkan pembelian Golden Fresh, salah satu pemproses makanan laut terbesar di Malaysia, dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: