Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan tiada pasukan di dunia ini yang mampu beraksi konsisten dalam tempoh 10 musim.
Pep berkata demikian selepas beliau terus menerima kritikan ekoran City gagal untuk mencatat kemenangan dalam enam perlawanan yang dihadapi dalam semua kejohanan kebelakangan ini.
Baca Juga:
Menurut bekas pengendali Bayern Munich itu, beliau akan membuktikan bahawa City mampu untuk mempamerkan kebangkitan dalam perlawanan seterusnya.
“Apabila semua berjalan dengan lancar, maka mudah untuk kami. Kini saya perlu membuktikan kemampuan saya. Kami tewas dalam lima perlawanan, seri satu yang mana kami berpeluang untuk memenangi perlawanan itu.
“Saya harus menerima keputusan tersebut. Saya tidak merungut, tidak menyalahkan orang lain dan tidak lari dari tanggungjawab. Saya memikul sepenuhnya tugasan ini.
“Dalam tempoh satu dekad, kami berada di sini. Beritahu saya pasukan mana yang berjaya tampil konsisten dalam tempoh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: