Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suami Marah Zahnita Wilson Mahu Keluar Rumah, Tinggal Berasingan Didakwa Jadi Punca Keganasan Rumah Tangga

today3 December 2024

Background


Hanya kerana ingin keluar rumah dan tinggal berasingan dipercayai punca bekas model Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39 menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan siasatan awal mendapati keputusan itu menyebabkan suami mangsa marah dan bertindak ke atas Zahnita Wilson.

“Berikutan itu, laporan polis dibuat oleh mangsa pada 27 November lalu dan suami mangsa ditahan semalam, selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

“Hari ini suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan tahanan reman,” katanya ketika ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 akta sama dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post