PETALING JAYA – Ninja Mart, platform pengedaran B2B (perniagaan ke perniagaan) dan penyelesaian sehenti oleh Ninja Van Malaysia menamatkan kempen Belanja & Menang selepas tempoh tiga bulan pada 30 Jun lalu.
Sebagai titik sentuh antara FMCG (barangan pengguna bergerak pantas) dan rangkaian peruncit bebas serta bersaiz kecil di luar bandar, Ninja Mart menjalankan kempen di seluruh negara buat julung kalinya yang memanfaatkan lebih 30,000 peruncit dari wilayah Utara, Tengah dan Selatan Semenanjung.
Kempen berkenaan menyaksikan rakan jenama iaitu Cricket, Indomie, YokeFood dan Karabao Marketing menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM60,000 kepada peruncit sepanjang tempoh kempen.
Seperti namanya Belanja & Menang, ia melibatkan gabungan kaedah pemasaran dagangan bulanan dan kaedah peringkat pulangan tunai untuk meningkatkan penglibatan peruncit menerusi kutipan tiket melalui aplikasi Ninja Mart Cashback, yang membolehkan penyertaan dalam peraduan cabutan bertuah secara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: