Menurut Amirul Hakimin juga, dengan adanya ‘circle’ poligami, banyak perkara yang dia dapat belajar dan perbaiki.
“Perkahwinan poligami ini, bukanlah perkara baru. Ia dah lama termaktub dalam syariat. Namun, ia seakan menjadi masalah dalam masyarakat rakyat Malaysia apabila hendak dilaksanakan. Tidak dinafikan sebahagiannya berpunca daripada kezaliman yang berlaku, tetapi, kita perlu akui, masyarakat masih lagi susah untuk berdamai dengan syariat poligami ini.
“Kehidupan monogami dan poligami, kedua-duanya tidak akan terlepas daripada ujian. Ketika kita menyangka monogami lebih selamat, kita sebenarnya kurang faham tentang hakikat kehidupan. Ini baru bab perkahwinan, belum bab lain lagi.
“Saya mula berpoligami pada tahun 2021, menjadikan usia poligami saya akan memasuki 4 tahun. Walaupun usianya masih singkat, namun, alhamdulillah, saya dipertemukan dengan ‘circle’ poligami, yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang. Ada yang umur 40, ada yang umur 50, ada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: