Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gadis Terpaksa Hadiri Majlis Konvokesyen Secara Online Disebabkan Banjir

today4 December 2024

Background


Menerusi TikTok di akaun @pearlia39, gadis yang bernama Durratul Alia Mohammad Kamil itu berkongsi situasi semasa dia di PPS SMK Jelawat Bachok.

Difahamkan, kawasan rumahnya di Bachok, Kelantan habis ditenggelami air menyebabkan dia dan keluarga terpaksa berpindah sementara di PPS.

Malah, dapat dilihat video itu Durratul mengenakan jubah konvokesyen yang sepatutnya dihadiri pada hari tersebut, tetapi tidak dapat hadir kerana banjir.

Ditanya mengenai adakah ini pertama kali kawasan mereka dilanda banjir, dia memberitahu ini adalah kali pertama kawasan rumahnya dimasuki air dan ini juga adalah pertama kali mereka tinggal di PPS.

Dia juga tidak sempat memaklumkan perkara terbabit kepada pihak universiti kerana ia berlaku dengan pantas.

“Saya tidak sempat maklum kepada pihak universiti kerana kejadian berlaku terlalu cepat,” katanya kepada SEISMIK.

Bagaimanapun, dia ada meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen, namun redha dengan ujian yang menimpa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Hiburan Semasa

Naqiu, Joey makin berani di FD4

Kuala Lumpur: Bukan mudah menjayakan persembahan bertepatan dengan tema diberikan setiap minggu, lebih lagi, hanya mempunyai masa kurang seminggu melakukan persiapan dan latihan. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today4 December 2024