Abdullah turut merujuk kepada gaya sujud Ronaldo ketika meraikan jaringan dan galakan diberikan kepada rakan sepasukan di Al Nassr untuk mematuhi ajaran agama antara bukti bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu menghormati tradisi dalam Islam.
Malah lebih mengejutkan lagi, ikon bola sepak itu akan memastikan rakan sepasukannya mempunyai masa untuk solat di antara sesi latihan ke sesi latihan seterusnya.
“Ketika azan berkumandang ketika latihan, Ronaldo meminta jurulatih berhenti seketika sehingga tamat azan,” kata bekas penjaga gol itu.
Menurut Abdullah, Ronaldo sangat berminat dengan kehidupan masyarakat tempatan ketika kali pertama tiba di Arab Saudi.
“Pada awalnya, saya rapat dengan Ronaldo kerana dia tidak biasa dengan budaya di negara ini, kelab atau aspek lain. Tetapi dia mahu belajar dan kerap bertanya saya dengan lebih lanjut,” kata Abdullah.
Dia turut mendapat inspirasi untuk mempelajari lebih lanjut budaya Islam menerusi pengaruh daripada bekas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: