Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lagi Murah Daripada RX-Z, Honda City Mangsa Sambung Bayar Kini Dilelong RM2,000

today6 December 2024

Background
Lagi Murah Daripada RX-Z, Honda City Mangsa Sambung Bayar Kini Dilelong RM2,000


Pada akhir Oktober lalu tular kisah seorang wanita merosakkan sebuah Honda City berwarna hijau selepas mendapati dirinya ditipu oleh pemilik asal kereta tersebut dalam urusan ‘sambung bayar’.

Keadaan kereta itu memang rosak teruk dengan kesemua tingkap cermin yang pecah, cermin sisi dipatahkan dan bahagian kabin dalam penuh dengan serpihan kaca cermin yang dipecahkan.

Baca Juga:

Dalam satu hantaran Facebook pelabur hartanah terkenal di media sosial, Ishaq Marazi menyatakan kereta itu sedang dilelong.

“Kereta viral. Lagi murah daripada RX-Z. Lelong RM2,000. Honda City tahun 2008. On tak On?” katanya.

Menerusi satu tangkap layar yang dikongsikan Ishaq, LOT 127 merupakan kereta Honda City 1.5 VTEC tahun 2008 bertransmisi automatik itu dilelong pada harga RM2,000.

Sumber Gambar: Facebook Ishaq Marazi

Terdahulu, seorang wanita yang tular merosakkan Honda City itu kerana berasa berang selepas tertipu dengan pemilik asal kereta…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post