Pengurus Chelsea, Enzo Maresca masih mengambil sikap merendah diri walaupun skuad kendaliannya pada ketika ini berada di tangga kedua English Premier League (EPL) 2024/25.
Chelsea mencipta kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan liga selepas berjaya menundukkan musuh tradisi, Tottenham Hotspur 4-3.
Baca Juga:
Lebih menarik, The Blues bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengecewakan kem serta peminat tuan rumah hasil gol sumbangan Jadon Sancho, dua jaringan penalti Cole Palmer dan Enzo Fernandez.
Walaupun kini dilihat sebagai antara calon untuk bersaingan bagi merebut kejuaraan, Maresca jelas tidak mahu pasukannya terbeban dengan perkara tersebut.
“Selepas perlawanan, mesej saya kepada para pemain adalah untuk terus memberikan fokus sepenuhnya pada hari demi hari, sesi kami, perlawanan seterusnya pada hari Khamis dan kemudiannya Ahad.”
“Fokus utama adalah untuk menikmati hari cuti dan apabila kami kembali berlatih dengan baik,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: