Skuad negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Timor-Leste 3-2 pada aksi kedua Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Ia merupakan kemenangan sulung buat skuad negara selepas seri 2-2 ketika bertemu Kemboja tempoh hari.
Baca Juga:
Malaysia hampir tersentak seawal minit kedua berpunca daripada salah faham antara penjaga gol, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi dan pemain pertahanan, Harith Haiqal Adam Afkar.
Namun, Joao Pedro yang melakukan percubaan susulan keadaan kelam-kabut dalam kawasan penalti Malaysia itu gagal menyempurnakan peluang terhidang.
Walaupun tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan, Timor-Leste bagaimanapun dilihat lebih selesa mengawal bola dan ternyata Joao Pedro nyata cukup lincah sepanjang perlawanan.
Manakala skuad negara pula bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik mereka dimana Pau Marti Vicente melakukan beberapa pertukaran di kesebelasan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: