Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penaja Mohon Maaf Sebab Cuai Tampal Bendera Malaysia Terbalik Di Baju Lee Zii Jia

today12 December 2024

Background


Dalam pada itu, penaja Victor Malaysia tampil membuat permohonan maaf terbuka berhubung kontroversi melibatkan logo bendera Malaysia yang terbalik di baju pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara itu.

Victor dalam satu kenyataan rasmi di platform X berkata, pihaknya mengakui kesilapan yang dilakukan berkenaan.

“Kesilapan ini tidak menggambarkan rasa hormat kami yang mendalam terhadap Malaysia, simbol kebangsaan atau kebanggaan dan kehormatan mewakili negara di pentas antarabangsa.

“Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti. Justeru, kami amat kesal dengan sebarang tindakan tidak disengajakan yang disebabkan oleh kecuaian ini,”
katanya.

Pihaknya juga menjelaskan bahawa sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi.

“Sekali lagi, kami memohon maaf yang setulus-tulusnya,” jelasnya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post