Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Amanie Advisors serah bantuan kepada pelajar SPM terjejas banjir

today14 December 2024

Background


PETALING JAYA – Amanie Advisors, penasihat syariah global telah bekerjasama dengan Yayasan Amanie Current  untuk menyerahkan bantuan kewangan kepada  pelajar SPM yang terjejas banjir di Kedah dan Kelantan baru-baru ini.

Bantuan tunai diagihkan di dua lokasi utama iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah, Kedah, pada 5 Disember lalu dan SMK Meranti, Pasir Mas, Kelantan, pada 11 Disember 2024.

Kedua-dua sekolah ini antara yang paling teruk dilanda banjir, dengan kerosakan infrastruktur.

Gelombang banjir keempat tahun ini telah menjejaskan 51 sekolah di Kedah, termasuk lebih 1,500 pelajar. 

SMK Alor Merah, antara sekolah yang paling teruk terjejas, menerima sokongan segera daripada Amanie Advisors untuk membantu calon SPM meneruskan pengajian dengan gangguan minimum.

Di Kelantan pula, SMK Meranti mengalami kerosakan teruk, dengan lapan treler sampah dibuang dari kawasan sekolah. 

Sumber penting, termasuk bahan pengajaran dan peralatan makmal, musnah disebabkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post