PEMETERAIAN perjanjian antara syarikat amanah, Rakyat Trustee Berhad (RTB) dengan Nusa Kapital dan TT Gratia Land Development di Kuala Lumpur, baru-baru ini menyaksikan satu kerjasama unik untuk membolehkan orang ramai melabur dalam projek hartanah berpotensi di Melaka.
Melalui kerjasama tersebut, RTB akan menjadi pemegang amanah bagi dana projek bernilai RM50 juta hasil pelaburan orang ramai ke dalam Nusa Kapital, iaitu penyedia platform pembiayaan antara rakan setara (P2P) patuh syariah pertama di negara ini.
Kemudian dana RM50 juta itu akan disuntik ke dalam projek perumahan yang akan dibangunkan oleh TT Gratia di Machap, Melaka tidak lama lagi.
Bagi Pengarah Urusan TT Gratia, Tan Wei Joon, projek tersebut tidak hanya memberi manfaat kepada pelabur, malah rakyat di negeri Melaka.
“Kami berhasrat untuk membangunkan projek dengan konsep serupa pada masa depan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini dalam satu majlis yang turut disertai oleh Pengarah Urusan RTB, Faudzi Mt…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: