Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

9 Rakyat Malaysia Tekad Jalan Kaki & Berbasikal Menuju Ke Baitullah Bagi Tunaikan Haji

today16 December 2024

Background


Menurut laporan Sinar Harian, seorang warga emas berusia 71 tahun nekad melakukan kayuhan basikal sejauh 6,000 kilometer (km) dari Malaysia ke Mekah bersama adik dan rakannya.

Ketua Misi Kembara Berbasikal ke Makkah, Dahalan Yahaya berkata, misi kayuhan yang dijangka mengambil masa selama enam bulan itu dilakukan bersama adik lelakinya Zam Yahaya, 61, dan rakannya, Ahmad Zulkifli Ahmad, 56.

“Kami akan melalui beberapa negara sepanjang perjalanan termasuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand di Danok sebelum ke Bangkok, Thailand, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dijangka tiba di Arab Saudi pada Ramadan nanti.

“Untuk misi kayuhan ini, kami telah membuat latihan sejak dua tahun lepas lagi dengan berbasikal pusing (satu) Malaysia dan mengayuh (basikal) setiap hari untuk memastikan tahap stamina dan kekuatan berada pada tahap maksimum,”
katanya.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka telah tiba di Islamabad, Pakistan sejak Jumaat lalu.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post