Menerusi kenyataan di Facebook, Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali berkata, tindakan berkenaan diambil terhadap penyewa yang mempunyai tunggakan sewa RM15,000 ke atas.
Operasi tunggakan sewa itu telah dijalankan di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi pada 12 Disember yang lalu dengan melibatkan ahli majlis kawasan, pegawai-pegawai MBS terdiri daripada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan serta Jabatan Penyelenggaraan. Ia turut dibantu oleh anggota polis daripada Balai Polis Paroi.
Mengulas lebih lanjut, katanya MBS sentiasa memberi peluang dan membantu pelbagai kaedah supaya penyewa yang mempunyai tunggakan dapat menjelaskan bayaran sewa.
Pihaknya tegas dalam melaksanakan aku janji antara penyewa yang mempunyai tunggakan melebihi RM15,000 ke atas untuk menjelaskan bayaran tunggakan secara ansuran bermula Januari tahun lalu.
“Namun penyewa masih gagal mematuhi perjanjian itu sehingga MBS mengeluarkan Notis Penamatan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: