Menurut laporan Harian Metro, kertas siasatan telah dibuka terhadap penganjuran majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa disajikan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Kelantan.
Difahamkan, sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) turut disiasat apabila dewan sekolahnya dijadikan lokasi majlis berlangsung dan melanggar peraturan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) sudah diarah melakukan siasatan itu.
“Saya sendiri baru mengetahui perkara itu hari ini dan kertas siasatan sudah dibuka. Pihak penganjur dan pihak sekolah akan dipanggil untuk mendapatkan keterangan mereka.
“Difahamkan, majlis makan malam syarikat perlombongan emas itu berlangsung semalam menggunakan dewan sebuah SJKC di Tanah Merah.
“Pihak penganjur dan sekolah melanggar Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan 1998 (Kesalahan Tiada Lesen) yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: