Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

As Safa sasar 1,000 jemaah umrah tahun 2025

today27 December 2024

Background


KUALA LUMPUR – As Safa Tra­vel and Tours (As Safa) me­nyasarkan untuk membawa lebih­ daripada 1,000 jemaah pada setiap tahun bermula 2025 melalui pelancaran pakej umrah dan badal haji terbaharunya.

Menurut Pengarah Eksekutif As Safa, Md. Roslan Mohammad Jaafar, sehingga kini, agensinya telah membawa lebih daripada 500 jemaah dan mengharapkan pakej terbaharu yang ditawarkan itu dapat menarik lebih ramai masyarakat tempatan untuk menunaikan umrah dan haji.

Katanya, agensi itu bukan hanya sekadar melihat kepada keuntungan syarikat, tetapi turut bermatlamat untuk membawa masyarakat beribadat di Tanah Suci dengan menunaikan umrah dan haji dengan sempurna dan selamat.

“Dalam As Safa, kami menggunakan tagline ‘Pergi Selamat, Pulang Selamat’, yang mana kami memfokuskan kepada keselesaan, keselamatan dan ketena­ngan rohani jemaah sepanjang perjalanan mereka di sana.

“Kami membawa visi untuk menjadi jenama pilihan utama bagi setiap bakal jemaah di seluruh negara.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post