Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki Nafi Cederakan Mata Hingga Buta Untuk Dapat Pampasan Insurans Bernilai RM1 Juta

today31 December 2024

Background


Menerusi laporan Harian Metro, tertuduh bernama Tan Kok Guan,52 tahun turut didakwa memperdayakan syarikat insurans dengan membuat tuntutan insurans disyaki palsu.

Bapa kepada tiga orang anak itu yang cacat mata kiri mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika dua pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin dihadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan permohonan tuntutan insurans kemalangan disyaki palsu iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan pada mata kiri untuk mendapatkan pampasan berjumlah RM1 juta.

Difahamkan, kesalahan itu didakwa dilakukan di Kampung Gajah, di sini antara jam 9 pagi hingga 6 petang, 8 Jun 2023. 

Untuk pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memperdayakan syarikat insurans dengan membuat tuntutan insurans disyaki palsu sehingga mendorong syarikat itu memasukkan wang tunai RM4,153.57 ke dalam akaun milik tertuduh.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Luar Negara

Mahkamah keluarkan waran tangkap untuk Presiden Yoon

Seoul: Mahkamah Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap bagi Presiden Yoon Suk Yeol yang digantung tugas, kata penyiasat pada Selasa, berhubung usahanya untuk mengenakan undang-undang tentera ke atas negara itu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today31 December 2024