Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelawak Terkenal Disyaki Miliki Ganja Semasa Umrah Ditahan Di Jeddah?

today31 December 2024

Background
Pelawak Terkenal Disyaki Miliki Ganja Semasa Umrah Ditahan Di Jeddah?


Seorang pelawak terkenal didakwa ditahan di Jeddah selepas dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah baru-baru ini.

Memetik laporan Utusan, sumber menyatakan pelawak tersebut dipercayai ditahan dua bulan lalu di Lapangan Terbang Jeddah dan masih berada dalam tahanan bagi tujuan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Pada ketika itu, pelawak tersebut sedang menunaikan umrah bersama rakan-rakannya. Namun ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.

Difahamkan media sosial pelawak itu masih lagi aktif yang diuruskan oleh pihak pengurusannya.

Tambah laporan itu lagi, pelawak tersebut dikatakan bakal muncul dalam satu program televisyen yang telah dirakam lebih awal sebelum insiden penahanan berlaku.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Mahkamah keluarkan waran tangkap untuk Yoon

Seoul: Mahkamah Korea Selatan telah mengeluarkan waran tangkap untuk Presiden Yoon Suk Yeol yang didakwa dan digantung tugas, kata penyiasat pada Selasa, berhubung usahanya mengenakan undang-undang tentera. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today31 December 2024