Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Institut Penyelidikan Khazanah saran pengkelasan kumpulan B20, M50 dan T30

today31 December 2024

Background


PETALING JAYA – Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) menerusi kertas kerja terbaharunya, bertajuk Mencari Golongan ‘Miskin’ dan ‘Kelas Pertengahan’ di Malaysia menyarankan pembahagian pengelasan baharu untuk merangka dasar lebih sesuai bagi menangani isu yang dihadapi kumpulan tertentu.

Seperti sebelum ini, ia mencadangkan pembahagian kepada tiga kelas utama, pertama ialah kelompok 20 peratus terbawah (B20), iaitu isi rumah yang tertumpu kepada memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, dan pakaian.

Selain itu, kelompok 50 peratus pertengahan (M50) merupakan isi rumah yang menghadapi kompromi antara keperluan asas dan barangan aspirasi, menandakan kerentanan ekonomi; manakala 30 peratus teratas (T30) adalah isi rumah yang menunjukkan corak perbelanjaan aspirasi yang mencerminkan kelas pertengahan, tetapi tidak semestinya ‘kaya’ mengikut standard global.

Katanya, analisis KRI menunjukkan bahawa pengelasan semasa (B40, M40 dan T20) tidak mencerminkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post