PUTRAJAYA – Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang yang dikenali sebagai Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya (Anjung Syawal) 2025 bakal kembali lagi untuk tahun ke-13 dengan menyediakan hampir 300 lot niaga sempena Ramadan tahun ini.
Bazar yang dianjurkan oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. itu akan mula dibuka kepada umum dengan pelbagai aktiviti dan jualan pada 28 Februari ini hingga ke ambang malam 1 Syawal.
Pengarah Urusan syarikat, Rayme Zainal berkata, FRP yang bertemakan Memori Ramadan, Aspirasi Syawal itu akan menonjolkan dan meraikan kekayaan budaya Melayu serta kesenian Islam yang menjadi tradisi turun temurun masyarakat terutamanya kebudayaan Melayu sama ada di bandar atau di kampung.

“Konsep Anjung Syawal kali ini bukan sahaja bertujuan mengekalkan warisan budaya Melayu tetapi juga memasukkan elemen moden dalam sambutan Ramadan dan Syawal.
“Ia juga berhasrat untuk menghubungkan warisan budaya dengan inovasi masa kini dalam usaha menarik minat semua golongan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: