KEMAMAN – Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) menerusi anak syarikatnya, EPIC OG Sdn. Bhd. (EOGSB) memperoleh kontrak penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan, pentauliahan, dan pengubahsuaian serta penyambungan dan pentauliahan Pan Malaysia daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. (Petronas Carigali).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Dr. Muhtar Suhaili berkata, kontrak selama lima tahun sehingga September 2029 itu terbabit dengan projek Pakej A2 bagi Aset Semenanjung Malaysia kendalian Petronas Carigali.
Menurut beliau, kontrak tersebut menawarkan pilihan lanjutan selama tiga tahun dan seterusnya dua tahun kepada EOGSB.
“Kontrak tersebut meletakkan EOGSB dalam kedudukan strategik bagi pertumbuhan mampan dalam sektor minyak dan gas nasional.

“Ia sekali gus memperkukuh kedudukan syarikat ini sebagai penyedia perkhidmatan diyakini untuk menyokong kemapanan aset dan kecekapan operasi Petronas Carigali,” katanya di sini.
Muhtar menerangkan,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: