Mengakui lagu yang dipersembahkannya kali ini bukanlah genrenya, Ziana Zain tetap memuji kehebatan penyampaian Dhania.
“Lagu ini memang memerlukan penghayatan yang mendalam, tetapi awak berjaya melakukannya dengan baik. Walaupun sangat mencabar, baru minggu kedua, tapi awak dah berikan yang terbaik,” katanya.
“Lagu tu memang susah untuk saya. Saya tak pernah dengar lagu tu sebelum ni, jadi saya baru belajar. Jujur, saya memang rasa akan tersingkir. Sepanjang minggu, saya banyak menangis dan risau. Tapi saya cuba buang rasa tak yakin atas pentas dan berasa puas dengan persembahan saya kerana berjaya sampaikan apa yang saya mahu kepada penonton,” kata Dhania.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: