PETALING JAYA – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora), anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), berjaya mengumpul kira-kira 3.62 tan sisa dari tiga kawasan utama di Kuala Lumpur semasa sambutan Malam Tahun Baharu 2025.
Ia merupakan peningkatan 18 peratus tahun ke tahun berbanding kutipan 3.06 tan metrik sisa pada tahun lalu.
Operasi pembersihan yang menyasarkan kawasan awam dengan trafik tinggi termasuk Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan sekitar Menara Berkembar Petronas KLCC itu bermula pukul 10 malam 31 Disember dan berakhir pada 8 pagi keesokan harinya.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Shariman Yusuf Mohamed Zain berkata, Dataran Merdeka menyumbang jumlah sisa terbesar iaitu sebanyak 1.67 tan, diikuti 1.02 tan di KLCC dan 0.93 tan lagi yang dikutip di Bukit Bintang.

“Bagi memastikan operasi berjalan lancar, kami menggerakkan sejumlah 141 kakitangan termasuk kakitangan pengurusan, pasukan prapembersihan, pemandu dan kru am di lokasi utama ini.
“Kami turut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: