Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Jadikan Layak Ke Olimpik, Piala Dunia Sebagai Tradisi’

today3 January 2025

Background
Erick Thohir


Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir menetapkan satu tradisi yang harus dicapai oleh skuad kebangsaan negara itu.

Menurutnya, layak ke temasya Sukan Olimpik dan juga Piala Dunia wajar dijadikan sebagai tradisi dan beliau percaya sasaran itu boleh dicapai.

Baca Juga:

“Sebenarnya perkara paling penting bukan sekadar layak ke Piala Dunia dan Sukan Olimpik. Tetapi persoalannya, mampukah kita bertahan untuk layak ke Sukan Olimpik dan Piala Dunia,” katanya.

Menurut Erick Thohir, sasaran itu boleh dicapai dengan asas yang kukuh dalam pengurusan PSSI dan terus memacu bola sepak di peringkat akar umbi. Ini untuk menjadikan masa depan bola sepak Indonesia lebih baik.

“Insya-Allah, langkah ini adalah untuk dapat melihat Garuda terbang tinggi sehingga ke pentas dunia iaitu Piala Dunia dan Sukan Olimpik.

“PSSI tidak akan berhenti belajar untuk meningkatkan kualiti dari negara gergasi Asia dan Eropah, termasuk dengan JFA…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dito


Previous post