Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Beg Tangan Hilang Ketika Beli Barang, CCTV Dedah Aksi Wanita Mencuri Di Pasar Raya

today6 January 2025

Background


Menerusi sumber, Ketua Polis Dearah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima laporan polis yang dIbuat mangsa, seorang wanita tempatan berumur 39 tahun pada jam 2.39 petang, pada 1 Januari lalu.

“Menurut pengadu (mangsa), pada jam 12.15 tengahari hari berkenaan, ketika membeli barang di pasar raya itu, dia mendapati beg tangannya hilang disyaki dicuri individu tidak dikenali.

“Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (cctv), ketika pengadu mengambil barang di dalam pasar raya itu, dia meletakkan beg tangan di troli.

“Siasatan mendapati, suspek iaitu seorang perempuan mengambil beg tangan tangan mangsa dan terus beredar dari situ,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, siasatan lanjut pihaknya mendapati pengadu kehilangan dokumen peribadi, satu unit tablet, satu unit telefon bimbit dan sejumlah wang tunai, yang mana kerugian sebanyak RM3,000.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post