Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Habis Rosak Kereta” – Pemilik Bengang Kereta Sewa Dibuat Angkut Buah Kelapa Sawit Penyewa

today6 January 2025

Background


Menerusi perkongsian di Facebook Salvisteh Sal, pengusaha kereta sewa tersebut memberitahu kereta Perodua Axia yang disewakan telah rosak dek kerana tidak bertanggungjawab seorang pelanggan.

Difahamkan, pelanggan tersebut telah meninggalkan kereta sewa itu dalam keadaan yang kotor sehingga banyak kesan pecah dan kerosakan di bahagian kereta.

Apa yang membuatkan dia lebih marah adalah pelanggan terbabit sudah melarikan diri tanpa membayar ganti rugi. Menurutnya, dia sudah berusaha untuk menghubungi pelanggan terbabit tetapi dia menyekat nombor telefonnya.

Bukan itu sahaja, penyewa turut meninggalkan peralatan tajam di dalam kereta seperti parang dan sabit di bonet. Kereta itu juga dilihat terdapat banyak biji sawit yang mengukuhkan lagi bukti penyewa menggunakan kereta berkenaan membawa buah kelapa sawit.

“Hati-hati kepada yang buat perkhidmatan kereta sewa..ini orang sudah sewa kereta saya tapi sekali sawit dia kasih tumpang cukup percaya sudah saya sama kamu. Tapi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post