Kekalahan 1-2 kepada China pada aksi keempat pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menjadi antara punca kepada pemecatan Shin Tae-yong selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia.
Seperti dilaporkan petang semalam, jodoh pengendali dari Korea Selatan itu bersama skuad kebangsaan Indonesia yang bermula sejak 28 Disember 2019 sudah menemui penghujungnya.
Baca Juga:
Malah tidak perlu menunggu dengan terlalu lama, Fabrizio Romano pula mengumumkan penyerang legenda Belanda, Patrick Kluivert akan mengisi kekosongan tersebut pada 12 Januari nanti.
Sudah pasti para peminat bola sepak Indonesia tertanya-tanya mengapa Shin Tae-yong mendapat nasib sedemikian sedangkan skuad Garuda dilihat cukup baik sepanjang enam aksi yang sudah dilalui.
“Saya rasa perkara ini biasa, memang untuk kedudukan kelayakan Piala Dunia ini juga banyak negara-negara yang menukar jurulatih mereka, tinggal kira risikonya,” ujar Erick menurut sumber laporan Goal…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: