Kem negara mempunyai tujuh wakil di pusingan kedua (pusingan 16) Terbuka Malaysia 2025 yang akan berlangsung esok di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Selepas tiga pasangan iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien mengesahkan kemaraan pada aksi hari pertama semalam, giliran Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong pula mengikuti jejak langkah rakan mereka, sebentar tadi.
Soon Huat dan Shevon Lai berjaya melepasi cabaran wakil Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai 21-15 21-19 manakala Aaron-Wooi Yik menundukkan Chen Zi Yen-Presley Smith 21-15, 16-21, 21-10.
Slot terakhir Malaysia diisi oleh beregu berpengalaman, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong yang menewaskan pasangan China, Xie Hao Nan/Zheng Wei Han 21-15, 12-21, 21-18.
Ini bermakna 10 lagi wakil negara yang beraksi dalam saingan sulung bagi tahun 2025 telah tersingkir…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: