Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin terpaksa melupakan baki saingan Liga Malaysia musim 2024/2025 selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).
Perkara ini dikongsikan oleh Feroz menerusi laman media sosial miliknya dimana pemain berusia 24 tahun itu terpaksa berehat panjang bagi menjalani proses pemulihan.
Baca Juga:
“Terima kasih 2024/2025,” tulisnya di laman Instagram miliknya.
Sebelum ini, rakan sepasukan Feroz iaitu Syahmi Safari turut mengalami kecederaan sama dimana pemain itu perlu menjalani rawatan di Valencia dan harus melupakan saingan musim ini, September lalu.
Feroz Baharudin menjadi salah seorang pemain yang sering mendapat kepercayaan dari pengendali pasukan, Hector Bidoglio untuk membarisi kesebelasan utama.
Kecederaan ACL yang dialami Feroz bermakna beliau bakal terlepas saingan kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadualkan bermula pada Mac ini.
Bagi JDT pula, kelab itu bakal meneruskan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: