Ranking terbaharu dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan peningkatan dipamerkan oleh beberapa wakil Malaysia dalam kemaskini bagi minggu ketiga tahun 2025.
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin terus menunjukkan peningkatan apabila pasangan utama negara itu pada ketika ini menghuni ranking kedua dunia walaupun tersingkir seawal pusingan pertama Kejohanan Terbuka Malaysia tempoh hari.
Baca Juga:
Turut sama memperlihatkan peningkatan ialah dua semi finalis Terbuka Malaysia dalam acara beregu campuran iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (ketiga) dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (keempat).
Pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao turut naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan ke-28 manakala Lee Zii Jia turun ke tangga kelapan ekoran kecederaan dialaminya memaksa beliau melupakan tiga kejohanan awal tahun ini.
Sementara itu dalam beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah turun satu anak tangga ke kedudukan ketujuh manakala Vivian Hoo-Lim Chiew Sien…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: