Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Menara KL Bertukar Hijau Jadi Tanda Masuk Waktu Maghrib Dan Isyak

today17 January 2025

Background


Menara Kuala Lumpur akan disinari dengan lampu hijau setiap malam selepas ini yang mana menandakan masuknya waktu solat Maghrib dan Isyak di Wilayah Persekutuan.

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Nazli Saad, berkata idea itu tercetus secara spontan ketika satu majlis yang diadakan bersama Media Prima Berhad.

Katanya, pencahayaan hijau itu juga sebagai usaha untuk mendekati komuniti setempat.

“Kerjasama bersama Media Prima ini termasuk TV3, TV9 dan Tonton sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam mempromosikan nilai positif dan mengukuhkan perpaduan.

“Pencahayaan hijau ini adalah cara yang ringkas tetapi bermakna untuk memberi inspirasi kepada refleksi dan menggalakkan kebersamaan dalam komuniti kita.

“Inisiatif ini mengukuhkan dedikasi Menara Kuala Lumpur dalam menyumbang kepada masyarakat termasuk menyokong program yang memupuk perpaduan budaya dan sosial,” katanya dalam kenyataan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post