Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia Diundi Bersama Indonesia, Hong Kong Dan Kazakhstan

today17 January 2025

Background
BAMTC 2025


Undian Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 sebentar tadi menyaksikan Malaysia telah diundi dalam kumpulan B bersama Indonesia, Hong Kong dan Kazakhstan.

Ia jelas merupakan bukan laluan mudah buat kem negara kerana memperlihatkan kepada keupayaan Indonesia dan Hong Kong untuk memberikan saingan sengit.

Baca Juga:

Sekiranya semua pasukan menghantar pasukan terkuat dalam saingan yang bakal berlangsung di Qingdao, China pada 11 hingga 16  Februari itu, saingan getir pastinya bakal dihadapi skuad negara.

Dapat dilihat Indonesia serta Hong Kong mempunyai barisan pemain perseorangan yang mantap seperti Anthony Sinisuka Ginting, Jonatan Christie,Lee Cheuk Yiu dan Angus Ng Ka Long.

Kem negara yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan pula perlu bergantung harap kepada Leong Jun Hao selepas Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong masih lagi belum pulih daripada kecederaan.

Kelebihan di atas kertas bagaimanapun dimiliki Malaysia dalam sektor…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post