Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kedai Kopi Terkenal Naikkan Caj Perkhidmatan Kepada 15% Sempena CNY Undang Pertikaian

today21 January 2025

Background


Sebuah rangkaian kedai kopi terkenal dipercayai telah mengumumkan tentang kenaikan caj perkhidmatan sewaktu perayaan Tahun Baru Cina.

Gambar yang tular di sejumlah platform media sosial memperlihatkan di satu notis yang memaklumkan pelanggan yang mana caj perkhidmatan akan dinaikkan dari 10% ke 15% pada 29 Januari dan 30 Januari iaitu jatuh pada sambutan Tahun Baru Cina.

Sumber Gambar: Threads

Malah, didapati kenaikan caj perkhidmatan ini juga tidak termasuk dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 6%.

Pengumuman kenaikan caj servis bersempena Tahun Baru Cina ini sememangnya mengundang kritikan daripada pengguna media sosial yang mana merasakan tidak masuk akal untuk menaikkan caj perkhidmatan sesuka hati ke atas pelanggan demi membayar gaji lebih masa kepada pekerja.

Selain itu, mereka mencadangkan kepada para pemilik kedai yng tidak mampu membayar upah lebih masa, sebaiknya tutup kedai terlebih dahulu atau pun mencari jalan alternatif…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Sukan

PKBM gembira kebangkitan Fadhil

Kuala Lumpur: Kejayaan gemilang Mohd Fadhil Zonis muncul juara di Kejohanan Grand Prix (GP) Trek Asia Tenggara Kejohanan Piala Presiden 2025 Siri 2 memberi sinar baharu kepada arena keirin negara, sekali gus meyakinkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bahawa Malaysia bakal memiliki dua pelumba keirin berkelas dunia.

today21 January 2025