Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suami Isteri Hadiahkan Kasut Mahal Untuk Rakan Sekelas Anak Raih Pujian Ramai

today23 January 2025

Background


Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan saat di mana seorang guru yang meminta anak muridnya untuk mengambil hadiah yang berada di hadapan kelas.

Difahamkan setiap murid di dalam kelas itu bakal menerima sepasang kasut mahal telah dihadiahkan oleh salah seorang ibu bapa kepada murid kelas itu.

Menurut wanita bernama Azra, ia merupakan hadiah sempena menyambut hari terakhir sekolah, sebelum mereka cuti panjang selama empat minggu.

Cikgu mengarahkan semua murid yang hadir untuk mengucapkan terima kasih ke atas pemberian kasut mahal yang diterima oleh pasangan suami isteri tersebut. Boleh dilihat terpancar wajah keriangan pada setiap murid yang ada di kelas pada ketika itu.

Walaupun ramai yang tidak hadir, pengguna TikTok terbabit meluahkan rasa syukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan rakan sekelasnya anaknya itu.

Untuk makluman, kasut New Balance berada di dalam kategori mewah yang mana rata-ratanya kasut yang dijual bermula RM200

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Luar Negara

Kebakaran hutan baharu tercetus berhampiran Los Angeles

Castaic, Amerika Syarikat: Kebakaran hutan baharu tercetus di utara Los Angeles pada Rabu, dan mencetuskan arahan pemindahan untuk berpuluh-puluh ribu orang di wilayah yang masih berdepan kesan kebakaran besar, baru-baru ini. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today23 January 2025