PETALING JAYA – Delux Holdings (M) Sdn. Bhd. (Delux) menjalinkan bekerjasama dengan seniman kontemporari tempatan, Professor Zulkifli Yusoff untuk menganjurkan pameran Secret Garden yang sedang berlangsung sekarang hingga 12 Februari ini di Delux Flagship Store.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Delux, Datuk Dylan Chui berkata, usaha sama itu adalah langkah inovatif yang mampu menjadi penanda aras dalam meningkatkan daya pemikiran dan persaingan dalam kalangan industri pembuatan autogate dan pintu sekuriti.
Menurut beliau, inisiatif itu juga dilihat dapat memberi nafas baharu kepada industri autogate tanpa trek dan pintu sekuriti selain menjadikan Delux sebagai syarikat pertama yang bekerjasama dengan seniman kontemporari Malaysia.
Siri edisi terhad yang bertajuk My Home, My Heaven, itu akan menampilkan enam autogate tanpa trek dan pintu sekuriti dengan reka bentuk yang unik dan eksklusif.

Di samping itu, Zulkifli dijemput untuk menghasilkan koleksi Secret Garden yang unik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: