Lapan wakil negara beraksi cemerlang untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir Indonesia Masters 2025 yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta.
Beregu kedua negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil pertama mengesahkan kemaraan dengan kemenangan dicatatkan ke atas Lu Ming Che-Tang Kai Wei 21-16, 21-16.
Baca Juga:

Pasangan pilihan utama kejohanan dalam beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengenepikan cabaran hebat wakil tuan rumah, Hidayatullah Jafar-Felisha Pasaribu untuk menang 24-22 21-14.
Kemaraan itu turut diiringi pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang menundukkan satu lagi gandingan dari Indonesia, Faza Marwan-Aisyah Pranata 21-16 21-9.
Tidak mahu ketinggalan untuk ke suku akhir, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin bangkit daripada kekalahan pada set pertama untuk menewaskan Druv Kapila-Tanisha Crasto dari India 18-21 21-15 21-19.
Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula menyerap tekanan dengan baik untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: