Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rebah Ketika Penutup Ijtimak, Jojo One Nation Emcees Meninggal Dunia Di Masjid Sri Petaling

today26 January 2025

Background


Ahli kumpulan One Nation Emcees, Nur Hasan Balas atau lebih dikenali sebagai Jojo meninggal dunia pagi tadi di Masjid Sri Petaling.

Perkhabaran berita itu dikongsikan menerusi Facebook Maulana Helmi. Jojo meninggal dunia ketika menyertai ijtimak Qudamak Seri Petaling, sewaktu doa penutup dibacakan.

Sementara itu, rakannya, Mimy Fly menyatakan arwah pernah mengalami strok beberapa bulan lalu, petik laporan mStar.

“Saya dapat tahu dia tiba-tiba rebah di masjid ketika perjumpaan kumpulan tabligh.

“Baru tadi saya dapat panggilan daripada isterinya yang berada di Taiping. Saya tidak tahu lagi secara terperinci,” katanya kepada mStar.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post