Pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menoktahkan momentum cemerlang dalam kejohanan badminton Indonesia Masters 2025 dengan cukup bergaya selepas muncul juara saingan berstatus Super 500 itu, sebentar tadi.
Lebih manis kejayaan itu diraih Wei Chong-Kai Wun selepas berjaya menundukkan wakil tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang juga merupakan pilihan pertama kejohanan.
Malah, ia merupakan kemenangan pertama dilakarkan Wei Chong-Kai Wun ke atas lawan tersebut dalam lima pertemuan mereka sesama sendiri dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Berdepan lawan yang mendapat sorakan padu para penyokong jelas tidak meruntuhkan semangat pasangan beregu nombor tiga negara itu untuk beraksi cemerlang.
Ia jelas dibuktikan apabila Wei Chong-Kai Wun tidak terlalu berdepan masalah untuk memenangi set pertama dengan jurang mata 21-11.
Tekanan lebih hebat dihadapi pasangan ranking ke-13 dunia yang merupakan semi finalis Terbuka Malaysia itu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: