Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Covid-19 Berkemungkinan Besar Bocor Dari Makmal Di China Berbanding Semula Jadi’

today27 January 2025

Background


Agensi Perisikan Pusat (CIA) pada Sabtu menyimpulkan bahawa virus Covid-19 bermula ‘lebih berkemungkinan’ bocor dari sebuah makmal di China, berbanding andaian ia tersebar secara semula jadi melalui haiwan dalam penilian baharu tentang asal-usul wabak yang membunuh berjuta-juta orang itu.

Memetik Sinar Harian, CIA berkata ia membuat kesimpulan itu walaupun dengan keyakinan rendah, pandemik Covid-19 lebih berkemungkinan berpunca daripada kegiatan penyelidikan di makmal, berbanding berlaku secara semula jadi, berdasarkan maklumat yang ada.

Covid-19
Sumber Gambar: Al Jazeera

“CIA masih meneliti punca penularan Covid-19 dan setakat ini percaya bahawa kedua-dua kemungkinan virus bocor dari makmal dan kemungkinan ia berlaku secara semula jadi masih boleh diterima (berdasarkan bukti yang ada),” kata jurucakap tersebut.

Penilaian baharu ini dikeluarkan selepas John Ratcliffe dinamakan sebagai pengarah CIA pada Khamis di bawah pentadbiran Donald Trump.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Ekonomi

LBS umum strategi tiga tahun 8 x 8

LBS Bina Group Berhad (LBS) memperkenalkan Strategi 8 x 8 yang dinamik pada Mesyuarat ‘Town Hall’ LBS 2025 baru-baru ini, yang bertujuan meningkatkan pencapaian Kumpulan sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri pembangunan hartanah.

today27 January 2025