Memang tidak dinafikan, kuih melayu tradisional pada saban hari harganya seperti tidak terjangkau dek akal kerana suatu ketika dahulu ia dikira sebagai pencuci mulut yang berpatutan.
Pasti ada yang mempersoalkan mengapa harga yang ditawarkan semakin mahal walhal acuan dan saiznya masih kekal sama.
Hal ini mula menjadi perbincangan apabila ada seorang netizen di X yang meluahkan rasa bengang dengan kenyataan segelintir individu yang mahu kuih melayu dijual dengan harga tiga kupang seperti dahulu kala.
“Otak hang pun masih kata kuih Melayu patut harga 3 kupang. Macam mana kuih Melayu berkualiti nak dapat bertahan dalam scene?,” jawabnya kepada kenyataan yang dilontarkan.
Susulan itu, beberapa netizen yang mahir dan berkecimpung di dalam industri langsung merungkai sebab harga kuih melayu tidak boleh dijual pada harga bawah RM1 lagi.
Tiada short cut dalam pembuatan
Seorang netizen yang dikenali sebagai @Butteralways mendedahkan pembuatan kuih…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: