Dalam kenyataan di Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam, penutupan itu dilakukan selepas pengurusan MBSA bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melawat lokasi kejadian.
“Untuk makluman, penutupan sudah dilakukan selepas lawatan turun padang oleh pengurusan tertinggi MBSA diketuai oleh Pemangku Timbalan Datuk Bandar MBSA, Madiyan Baweh; Ahli Majlis MBSA, Maizan Abdul Majid, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 31 Januari lalu jam 5.30 petang.
“Pihak i-City sudah diminta untuk menghentikan pengoperasian Sky City secara serta merta dan pemantauan secara berterusan dilakukan oleh pihak MBSA,” katanya.
Sementara itu, Tourism Selangor dalam satu kenyataan juga memaklumkan akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengukuhkan usaha pemantauan dan memastikan semua tapak pelancongan mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
“Keselamatan pengunjung kekal menjadi keutamaan dalam industri pelancongan Selangor. Pihak Tourism Selangor mengambil…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: