Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Terengganu taja bantuan persekolahan 150 murid asnaf

today6 February 2025

Background


KUALA TERENGGANU – Anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyampaikan bantuan persekolahan kepada 150 murid asnaf negeri ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, program Kembali ke Sekolah itu melibatkan peruntukan RM40,000. 

“Setiap murid dalam kalangan keluarga asnaf berkenaan menerima pakaian seragam, beg dan alat tulis bernilai keseluruhan RM250. 

“Harapan kami agar sumbangan ini dapat membantu meringankan sedikit beban ibu bapa mereka menjelang sesi persekolahan baharu tidak lama lagi,” katanya selepas menyampaikan bantuan tersebut di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di sini, hari ini. 

Burhanuddin Helmi berkata, Terengganu Inc. akan terus memperkasakan bantuan pendidikan terhadap komuniti setempat. 

Tambah beliau, syarikat itu telah memperuntukkan RM12.02 juta tahun lalu bagi program CSR dalam bidang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KAMALIZA KAMARUDDIN


Previous post