Menerusi hantarannya di Instagram, Jenn memberitahu dia telah dimaki selepas memuat naik posting berkaitan pembakaran mercun itu.
Dalam video itu, Jenn memberitahu bahawa aktiviti bermain mercun itu dibuat bersempena malam ke-9 Tahun Baru Cina di mana orang Hokkien akan menyambut perayaan Pai Ti Kong.
Dia turut memberitahu dia tidak mengetahui tentang sambutan berkenaan. Bagaimanapun, dia sedikit kesal dengan teguran netizen yang menggunakan perkataan kasar selepas dia membuat hantaran mengenai pembakaran mercun terbabit.
Tambahnya, dia turut menasihati agar mereka yang mengecam menggunakan media sosial dengan betul untuk memberitahu orang ramai kerana bukan semua bangsa Cina menyambut dan mengetahui tentang perayaan berkenaan.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: