“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,”
Itulah peribahasa Melayu yang menggambarkan seberapa sukar kita melihat kesusahan orang lain yang ditimpa musibah, lebih susah lagi orang yang menghadapi dan mengalaminya.
Apabila sebut tentang penyakit kanser atau barah, sudah tentu ramai yang gerun dan mungkin terdapat juga individu yang trauma dek kerana pernah kehilangan orang yang tersayang gara-gara pembunuh paling popular yang meragut beribu-ribu kehidupan setiap tahun ini.
Sehubungan itu, untuk meningkatkan kesedaran serta mengajak orang ramai mengambil bahagian dalam usaha mencegah dan membendung penyakit yang kian meningkat ini, Hari Kanser Sedunia telah diadakan dan disambut di seluruh dunia pada 4 Februari setiap tahun dengan tema sambutan Hari Kanser Sedunia pada tahun ini iaitu 2025 hingga 2027 adalah ialah United by Unique.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2022, kanser merupakan satu daripada penyakit tidak berjangkit yang penting dan merupakan penyebab kematian kedua terpenting di dunia, dengan jumlah kes dan kematian yang meningkat setiap tahun.
Di Malaysia, tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki adalah kanser kolorektal atau usus besar (16.9%), kanser paru-paru (14.8%) dan kanser prostat (8.1%), manakala dalam kalangan wanita pula adalah kanser payudara (33.9%) dikuti dengan kanser kolorektal (10.7%) dan kanser serviks (6.2%).
Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan perbualan seorang kanak-kanak menceritakan keperitannya menanggung kesakitan kepada si ibu sambil menangis hiba.
View this post on Instagram
“Kakak dah tak tahan, ibu. Kakak sakit, kakak dah tak kuat, kakak dah tak tahan, ibu, kakak nak macam dulu…” ungkapnya.
Itu rintihan Nur Umairah Mohd Fauzi yang menghidap barah darah atau leukemia kepada ibunya, Puan Ally.
Pagi On Point pada Hari Kanser Sedunia bersama Haiza, Muaz dan Pak Nil sempat menemubual Puan Ally untuk mengetahui lebih lanjut dan memberi semangat buat kanak-kanak yang berusia 11 tahun itu.
Kata Puan Ally, penerimaan awal ketika itu agak sukar dan tidak percaya malah dirinya amat yakin bahawa ia mungkin adalah penyakit lain, namun setelah disahkan sendiri oleh pengamal perubatan dan dengan sampel darah yang diambil, akhirnya berita itu telah memberi kesan yang amat mendalam selain terasa seperti ingin rebah kerana terkejut.
Ditanya dari mana Puan Ally dapat mengumpul kekuatan, katanya pada awalnya dia juga tidak mampu bahkan mengakui sekiranya bukan dirinya yang perlu kuat untuk Umairah, tiada individu lain yang mampu lakukan perkara yang sama.
“Ada satu ketika Umairah kata kakak nak balik, duduk sini pun kakak susahkan orang dan buat semua orang menangis sebab kakak sakit,” ceritanya sambil tidak dapat menahan sebak.
Menurut Puan Ally, keadaan terkini Umairah baik namun menceritakan pengalaman selepas melakukan prosedur chemoteraphy, tahap antibody kanak-kanak tersebut lemah dan mudah dijangkiti selain pernah mengalami demam yang tinggi dan diserang sawan.
Jelas Puan Ally, kanser darah yang dihidapi anaknya tidak melibatkan sebarang tahap seperti penyakit barah yang lain, namun ia mempunyai 3 kategori iaitu risiko rendah, risiko sederhana dan risiko tinggi.
Kisah Doktor Tini Ariffin (Penghidap Barah Payudara Tahap 1)
Lain pula buat Doktor Tini Ariffin seorang pesakit kanser payudara tahap 1 yang menyatakan stress bukanlah punca sel-sel kanser itu merebak tetapi apabila dirinya didiagnos dengan penyakit tersebut, beliau perlu memahami terlebih dahulu perkara yang dialami oleh badannya ketika itu sebelum memaklumkan kepada orang ramai.
Jelas Doktor Tini, beliau mengambil masa untuk memproses, mempelajari dan mendapatkan informasi kerana baginya, sekiranya masyarakat keliru setidaknya beliau mempunyai jawapan untuk soalan yang ditanya.
Mengakui dirinya turut mengambil masa yang lama untuk berkongsi di media sosial, Doktor Tini berkata apabila dia sudah mula memaklumkan kepada orang ramai bermaksud dirinya sudah memahami penyakit yang dialami dan bersedia untuk menjawab berbagai soalan daripada orang ramai.
“Sebab bila saya share, bukan semua positif. Mesti ada netizen-netizen yang komen,” katanya.
Menceritakan pengalamannya apabila memaklumkan kepada orang ramai, katanya berita itu seperti bom, namun dirinya perlu kekal bertenang dan mencari jalan penyelesaiannya.
Dia yang sebelum ini disahkan menghidapi kanser, turut menjalani pemeriksaan berkala termasuk mammogram dan ultrasound sama seperti wanita-wanita lain apabila mencecah usia 40 tahun.
Namun, pemeriksaan yang dilakukan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sehinggalah satu hari pada tahun 2023 Doktor Kartini ternampak perbezaan (seperti seketul benjolan) pada payudaranya ketika dia sedang mandi.
“Selepas daripada itu, memang saya tak keruan. Sebab saya buat check up tak nampak apa-apa” jelasnya.
Doktor Kartini tidak menunggu lama, sebaliknya pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan semula.
“Keputusan menunjukkan benjolan tu tak bergerak-gerak. Tak sakit dan keras. Tetapi selepas buat ultrasound, doktor jumpa sesuatu yang suspicious dan biopsy is required,” tegasnya.
Doktor Kartini sempat memberi nasihat kepada masyarakat diluar sana bahawa sekiranya seseorang didiagnos sesuatu penyakit, carilah jalan penyelesaian serta rancang selain berkongsi dengan keluarga untuk mendapatkan sokongan.
“Yang paling penting, bila dah tahu nak buat apa, shut all the noise.” ujarnya
Pengalaman Puan Zuriani Kamal seorang aktivis kanser
Ziarah orang sakit ada caranya.