Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis Thailand Nasihat Pelancong Malaysia Jangan Pergi Perkampungan Nelayan

today12 February 2025

Background
Polis Thailand Nasihat Pelancong Malaysia Jangan Pergi Perkampungan Nelayan


Ketua Polis Narathiwat, Kolonel Pratya Baite menasihati rakyat Malaysia yang melancong ke selatan Thailand supaya tidak berkunjung ke perkampungan nelayan.

Ini kerana kawasan tersebut dikenal pasti sebagai lokasi panas dadah, petik Harian Metro.

Baca Juga:

Beliau berkata sedemikian selepas mendapat maklumat  pengedar dadah di wilayah itu biasanya akan memilih perkampungan nelayan untuk membina sarang mereka.

“Kami mendapat maklumat bahawa pengedar dadah di wilayah ini akan menggunakan kampung-kampung ini sebagai tempat mengumpul dan menjual dadah kepada pengedar tempatan.

“Oleh itu, polis Narathiwat akan melakukan operasi berkala di kampung-kampung ini untuk menangkap mereka yang terlibat. Operasi akan dijalankan sepanjang masa dan setakat ini, ia berjaya,” katanya kepada jelasnya.

Beliau juga meminta orang ramai tidak berkunjung ke perkampungan nelayan bagi mengelak insiden yang tidak diingini.


Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post