Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Idrissi bakal labur RM30 juta untuk pelan pengembangan masa depan

today12 February 2025

Background


SHAH ALAM – Sekolah Antarabangsa Idrissi (Idrissi) yang juga sekolah antarabangsa eko-Islamik pertama di negara ini, bakal memperuntukkan antara RM20 juta hingga 30 juta dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan da­tang bagi pelan pengembangannya pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Gains Education, Julie Wong berkata, jumlah pelaburan tersebut akan digunapakai untuk projek menambah baik keperluan sekolah antarabangsa swasta yang menawarkan rangkaian prasekolah, sekolah rendah dan juga sekolah menengah secara berfasa.

Gains Education adalah syarikat induk Sekolah Antarabangsa Idrissi

Menurut beliau, salah satu projek terbaharunya adalah membuka cawangan ketiga sekolah tersebut di Bukit Jelutong dekat sini yang akan mula beroperasi pada bulan September tahun ini.

“Kampus terbaharu ini memiliki keluasan lebih besar dengan dilengkapi pelbagai kemudahan terbaharu seperti perpustakaan termasuk perpustakaan di kawasan luar, kawasan rekreasi dan sukan yang lebih besar dan pelbagai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post