Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pekerja Jangan Takut Buat Aduan Jika Majikan Tidak Laksanakan Gaji Minimum RM1,700

today14 February 2025

Background


Menerusi laporan Sinar Harian, Penyelaras Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM), R Saratbabu Raman berkata, aduan boleh dibuat melalui mana-mana pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau terus kepada PSM.

Tambahnya, setakat ini beberapa aduan telah diterima khususnya melibatkan pekerja kontrak yang berkhidmat di premis kerajaan seperti pengawal keselamatan, tukang kebun dan pekerja pembersihan.

“Dalam bulan ini kita sudah mula terima aduan daripada pekerja bahawa majikan mereka mula memberikan alasan untuk tidak mematuhi pelaksanaan gaji minimum RM1,700.

“Alasan yang diberikan oleh majikan ini bahawa tender yang ditawarkan melalui kontrak-kontrak kerajaan melibatkan gaji RM1,500 sebulan, bukan RM1,700 sebulan,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post